Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma,
cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi
akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong.
Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa,
mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati
setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu
kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak
datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang
dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum
tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta
itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta
itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk
menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan
kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak
mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas
orang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita
perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh
hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan
namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan
itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah
menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan
menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan
menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati
berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah
-
-
0
comments